Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2005

😀 malasnya nak kerja.. skrang ni student cuti.. so aku x de kerja sgtlah.. alhamdullillah result diorng pun aku dah bereskan. Bestnya melalui minggu yang relax ni. Sebelum ni 3 minggu lepas ada minggu yang agak sibuk bg aku. 🙂 Sibuk ngan presentation projek akhir bagi subject graphic manipulation dan jugak untuk menyemak laporan student FYP yang bawah supervision aku.

weekend lepas2 aku biasanya memenuhi jemputan perkahwinan member2 jek. Tahniah semua dan bagi yang x sempat aku perg itu aku mintak maap bebyk.

29/5- aku turun ke hutan melintang, teluk intan kawen kak zai dan shawn. masa sampai hujan terlalu lebat, basah kuyup aku dan hadiah-hadiah aku. Cantik kak zai ari tu. Bagi yang mahu melihat gambar perkahwinan tersebut, bolehlah tgk kat aku nyer fotopages http://fiezan.fotopages.com

2/6- lepas kerja aku balik kelate

3/6 – gi kenduri kawen eriey. Awal gak aku sampai.. pengantin baru tgh mekap jek. So aku makan dulu sambil tunggu dia abis mekap, lepas tu amik gambar jab. Aku tak tunggu sampai pengantin lelaki sampai memandangkan aku ada satu majlis lg yang perlu dihadiri

Lepas kenduri Eriey aku gi keduri kawen Walida dan Mudin laks. Rupanya majlis dah nak hampir selesai. 🙂 Semlm masa Mudin call aku tu .. aku lupa la plaks nak tanya aturcara majlis. Ingatkan akad pagi dan berarak lepas jumaat. Rupanya lepas akad terus berarak ke umah pengantin perempuan. Tp atleast org x ramai bleh ler borak dan amik gambar. Pie dtg dr KL semata-mata nak hadiri majlis kawen mudin ni.. baguslah Pie ni. Aku lepas tu terus bergegas ke airport peng. Chepa antar pie laks. flight dia ptg. sib baik sempat. ahah sampai airport dgr pengumuman last utk penumpang check -in

5/6 – gi kenduri kak maini laks. dia bertunang ari ni. berseri roommate aku tu. Aku as usual la , silap hafal tentatif majlis. Sampai majlis dah nak abis pun. Ala tak sempat tgk future mak mertua dia sarungkan cincin :(. Sib baik ada videocam. bleh ler tgk

11/6 – Member-member dr KL dan ipoh sampai. diorng ni tolak lepas kerja dr KL. so sampailah umah aku lam 1.30 pg. Kul 4 pg aku kuar nga Eda gi amik Zila kat Perhentian Bas Butterworth. dia baru sampai dr Kelantan. Sib baik Eda ada… walaupun still penat drive dr ipoh tp sanggup temankan aku gi amik Zila. Kebetulan aku pulak hilang spek mata.. so pepagi mmg bermasalh skit la nak pakai kontek lens. Ala biasalah eye rejection.. mata pun mamai lg nak terima mende asing lam mata pepagi buta tu.. walaupun dah hampir 6 tahun pakai kontek lens. Erm kalau spek aku tu bleh d buat misscall mungkin aku bleh carik kart mana hilangnya tp tulah masalah aku .. spek selalu jek tersilap letak. :(( uargh letihnya nak buat spek baru.
PAgi tu lebih kurang kul 9 kitaorng gerak ke PErlis. sampai kat sana lebey kurang kul 11 lebey. Majlis shila ni simple tp meriah. x de sanding-sanding. Masa kitaorng sampai dia baru tgh mekap dan kumpulan marhaban pun baru jugak sampai.
Lam kul 2 lebey aku eda and Zila gerak balik ke Penang since Eda nak kena rush back to Cameron. Kejar Jln simpang pulai yang tutup kul 8 mlm tu. Kesian dia.. demam dan selsema tp still kena drive balik. sesorang laks tu. Risau gak aku .. alhamdullillah dia selamat sampai Ipoh. Tp dia balik Cameron esok hari since jln dah gelap dan hujan lebat laks
Sattu lg keta.. Erliz, ana, Shida, timah, and amla pergi padang besar.. wah diorng ni berborong sakan.. maklumlah murah banding kl ek .. 😛 adalah baju fesyen Siti yg cam kimono ni disambar oleh amla n timah. ak utgk kenan gak.. tp x pelah.. lain kalilah gi padang besar. Aku rasa aku aku balik carik kat kelate .. jumpa tu baju cam tu.. biasalah pengkalan kubur / rantau panjang pun x kurang hebatnnya banding ngan Pdg besar. Ana laks kempunan gka baju tu .. ahahhahaha

Mlmnya sblm diorng bertolak balik.. kitaorng mkn seafood kat kuala juru. Thanks shida belanja. Teringat masa still kat Melaka.. kitaong selalu jek kuar mkn reramai.. satu cara nak lepaskan tension dan lepak. 😀 terutamanya musim xm.

18/6 aku lepak umah jek malas nak kuar.. ehhe balas dendam sbb weekend leps2 x sempat nak duduk kat umah.. kerja aku ari tu sepahkan umah since dah lama x sepahkan umah :)) ..

Sebenarnya ada lagi dua majlis kenduri kawen member sek aku ni. Tp aku x gi pun. Sorry.. So khas untuk kawan-kawan yang dah melangkah dan akan melangkah ke gerbang perkahwinan.. Semoga kalian berbahgia selalu. Tanggungjawab menddidik generasi baru bukannya kerja mudah :).. aku pun selalu terpk .. bleh ke aku pikul tanggungjawab tu nanti.. ahahahhha tp insyallah akan dipermudahkan olehNYa jika niat kita adalah dijlnnya.. Insyallah 😀

Read Full Post »

Oleh Yoshihiro Nagasaka
Pengurus Negara Malaysia, Allied Telesyn International (Asia) Pte Ltd

INTERNET mengubah cara individu dan syarikat berfungsi dan berkomunikasi, terutama dalam masyarakat maju. Hampir setiap individu dalam masyarakat maju mempunyai talian internet. Tidak lama lagi, kediaman mereka juga akan dilengkapi pelbagai peralatan rumah bertalian internet. Baru-baru ini, satu laporan menunjukkan 553 juta orang kini melayari internet dari kediaman mereka.

Pertumbuhan pesat penggunaan internet dan peningkatan penggunaan peralatan tanpa wayar bukan saja membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi yang lebih baik dan cepat, malah pertambahan permintaan bagi alamat yang mana maklumat dihantar dan diterima. Hal ini ternyata benar, terutama di negara membangun yang masyarakatnya kini baru saja menggunakan internet.Protokol Internet (IP) dikenali sebagai protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-duanya. Oleh itu, apabila sesuatu mesej dihantar melalui IP, mesej itu dipecahkan menjadi beberapa paket yang mampu melalui beberapa perjalanan berlainan untuk sampai ke destinasinya.Apabila sampai di destinasinya, mesej itu akan dipasang semula menjadi bentuk asalnya. Setiap satu alat dalam sesebuah rangkaian mempunyai alamat IP tersendiri yang digunakan oleh protokol IP untuk memastikan paket maklumat sampai ke destinasi yang betul.

Kebanyakan internet hari ini menggunakan IP versi keempat (IPv4) iaitu IP komersial yang pertama dan kini berusia hampir 20 tahun. Memandangkan usianya, IPv4 adalah teknologi dengan kebingkasan yang tinggi. Namun, pengurusannya mula menjadi semakin kompleks dan memerlukan belanja yang tinggi akibat perkembangan pesat internet. Hal yang paling merisaukan ialah kekurangan alamat IPv4 yang diperlukan setiap mesin baru dan dirangkai ke internet.Alamat IPv4 dianggarkan akan habis digunakan antara tahun 2008 hingga 2010.

Setakat ini, dua pertiga alamat IPv4 sudah dipunyai, kebanyakannya di Amerika Syarikat. Di negara seperti Asia yang mempunyai peruntukan kecil, Alamat Terjemahan Perangkaian (Network Translation Addresses) digunakan untuk menampung kesesakan internet dengan menggunakan pelbagai alamat IP persendirian di sebalik alamat IP umum.Pengurangan sebegini adalah sebab utama di sebalik perlunya IP versi keenam (IPv6). Keperluan ini juga didorong oleh permintaan peralatan tanpa wayar yang memerlukan alamat IP tersendiri untuk mewujudkan sambungan internet. Ledakan penggunaan alatan tanpa wayar pegangan tangan dibuktikan oleh anggaran jualannya, yang dijangka meningkat daripada 430 juta pada 2002 kepada 760 juta pada 2006, dan pengguna internet bergerak dijangka melebihi 1.2 bilion sebelum penghujung dekad ini.

IPv6 yang direka bentuk oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force: IETF), adalah versi IP terkini, dikenali juga sebagai IPng (IP generasi seterusnya). IPv6 membetulkan beberapa masalah yang wujud dalam IPv4, seperti alamat IPv4 yang terhad.Salah satu ciri utama IPv6 ialah kebolehannya mengembangkan ruang alamat daripada 32 bit panjang menjadi 128 bit. Ini secara eksponen meningkatkan jumlah alamat IP sedia ada dengan lebih tahap hiraki alamat, sekali gus mengembangkan ruang alamat daripada kira-kira empat bilion menjadi jumlah yang terlalu banyak iaitu lebih daripada 340 trilion trilion trilion alamat (340×1036).

Peluang komersial IPv6 sediakan untuk peralatan tanpa wayar, perangkaian peer-to-peer dan rumah pintar juga mendorong perubahan kepada teknologi ini. Pasaran tanpa wayar memerlukan perkhidmatan IP dengan pendaman rendah, selalu dipasang, perantauan automatik dan selalu dapat dihubungi. Perangkaian peer-to-peer membolehkan sekumpulan komputer berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain, dibandingkan melalui pelayan pusat agar dapat mengelak daripada mengendalikan semua trafik dalam pelayannya. Perangkaian peer-to-peer digunakan untuk permainan dalam talian berbilang pemain, telefoni IP, persidangan video dan model niaga baru seperti Napster. Peluang komersial lain untuk produk rumah pintar seperti kenderaan dilengkapi internet, sistem keselamatan (pengawasan) dan peralatan dapur turut menyokong perubahan kepada IPv6.

IPv6 juga membawa banyak kemajuan berbanding IPv4 dalam routing dan konfigurasi rangkaian secara automatik. IPv6 mempunyai peruntukan yang membolehkan konfigurasi secara automatik lebih mudah dilakukan dan penomboran semula alamat IP dalam rangkaian dan sub-rangkaian apabila diperlukan tanpa perlunya konfigurasi insani ataupun DHCP.IPv6 turut memperbaiki kebolehan multicast routing berbilang lemparan dengan menambahkan bidang ‘skop’ kepada alamat multicast. Ia juga menawarkan jenis alamat yang baru, iaitu ‘alamat anycast’ yang lebih baik untuk melakukan multicast. Jenis alamat baru itu amnya berkata “hantar mesej ini kepada ahli kumpulan ini dengan cara paling mudah dihubungi” yang berkemungkinan membolehkan kaedah penghantaran mesej yang baru.

Datagram IP baru didefinisikan semula dan diberi keupayaan baru. Kepala bata utama setiap datagram IP telah diperkemas dan ditambah peruntukannya agar kepala bata datagram yang memerlukan lebih banyak maklumat kawalan lebih mudah diperluaskan. Datagram IPv6 termasuk ciri Perkhidmatan Berkualiti (Quality of Service – QoS) yang membolehkannya mudah menyokong multimedia dan aplikasi lain yang memerlukan perkhidmatan berkualiti.

Sokongan keselamatan dimasukkan ke dalam IPv6 dengan menggunakan pengesahan dan enkripsi kepala bata yang diperluaskan dan ciri-ciri lain.Dalam IPv6, cara perpecahan dan pemasangan semula datagram berfungsi ditukar untuk memperbaiki kecekapan routing dan juga untuk membayangkan realiti rangkaian kini dengan lebih sempurna. Protokol IPv6 direkabentuk supaya dapat menyokong system routing moden dan membolehkan perluasan ketika pertumbuhan internet.Penggunaan IPv6 akan meningkat dan memakan masa beberapa tahun kerana bukan mudah untuk mengabaikan pelaburan masa dalam IPv4 begitu saja. Pasukan petugas IETF menetapkan pelbagai mekanisme perubahan untuk membolehkan rangkaian IPv6 wujud bersama rangkaian IPv4, terutamanya:– Susunan duaan – Ini adalah mekanisme paling asas dan bergantung kepada kedua-dua protokol IPv4 dan IPv6 disusun serentak– Terowong (tunneling) – Mekanisme terowong membolehkan sambungan antara kepulan IPv6 menjangkaui rangkaian IPv4 yang berselang, yang mana rangkaian IPv4 berfungsi sepenuhnya sebagai medium pengangkutanIPv6 kini sudah mula digunakan dan piawaian teras IPv6 telahpun dipersetujui melalui Forum IPv6 (www.ipv6forum.org).

Rangkaian IPv6 komersil kini sudah dilaksanakan dan ramai produk penjual perkakasan serta perisian perangkaian kini mula menyokong IPv6. Besar kemungkinan dalam dua hingga tiga tahun akan datang akibat arkitektur alamat khidmat 3G, pertumbuhan perkhidmatan 3G dan peningkatan penggunaan jalur lebar. Tambahan pula, kerajaan Jepun dan Korea menyediakan sokongan kewangan dan polisi yang nyata untuk pelaksanaan IPv6. Keadaan ekonomi dan demografi Cina akan menyebabkannya mengikut langkah itu tidak lama lagi. Sektor awam dan korporat di Eropah juga banyak melabur dalam teknologi IPv6.Di rantau ini, negara Jepun mendahului penggunaan IPv6 dan telah mula menggunakan IPv6 dalam rangkaian langsung seperti Papan Ujian IPv6 Perubatan Jepun, Rangkaian IPv6 Pesta Salji Sapporo untuk penyiaran video jauh, dan rangkaian jalur lebar metro IPv6 Bandaraya Kurashiki.Perebakan dan pembangunan internet digabung dengan alatan penghubungan mudah alih adalah fenomena yang telah merevolusikan komunikasi. IPv6 sebagai teknologi yang mula membangun akan mengubah cara perangkaian berfungsi dan akan menjadi standard yang mana perangkaian, internet dan komunikasi berpaut.