Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Majlis ikatan kasih

Dah lama betul tak update blog aku.. Skrang dah masuk Ramadhan dah.. Harap tahun ni aku dpt menjlni ibadat dengan baik..

Dikesempatan ni juga aku mewakili seluruh keluarga aku dan tunang ingin menjemput semua yg mengenali aku untuk memeriahkan majlis kesyukuran sempena perkahwinan aku, insyaallah majlis tersebut akan diadakan pada 4 & 5 Syawal 1430H bersamaan 23 & 24 September 2009.

Semua dijemput hadir..

Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.
Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

disember wrap

Lamanya x update blog.. ni hari terakhir 2008. Sepanjang Disember ni aku byk abiskan masa kt kg.. Cuti raya seminggu then cuti krismas pun seminggu kt kg.. ni bru balik dr Kelate Isnin lepas.

MASa raya haji ari tu.. aku raya secara sederhana jek.. JUmpa saudara mara n kawan masa sekolah rendah jek.. Byk masa aku abiskan kat umah jek.. Masa raya haji tu aku jumpa Syamilah. Gi umah Lah dgn Farah n Yati. Kesian Lah.. rupanya dia tgh wat kimo sekrang, dia kena Kanser Ovari. Dia agak pucat n kurus. Aku x amik gambar dia sbb rasa cm x approproate lak nk amik gambar masa tu.  Tp aku respect Lah sebb dia tenang dan bersemangat. Husband dia n anak sulung dia dah blik Melaka masa tu. Diorng duduk kat Durian Tunggal skrang. So anak kedua jek dgn dia skrang. Aku harap Lah akan kembali sembuh dan semoaga dia sentiasa kuat dan tabah semasa menjlni Kimo tu.

Masa raya krismas plak aku byk bwk Keluarga angkat Ierah dr johor berjln2 di KElantan. Jem teruk gak kelate masa cuti krismas ari tu.. Sbb selalu teman diaorng round kelate.. aku byk berborong. Aku byk beli kain pasang n kain smeyang.. Byk kain semyang cecantik.. so beli agak byk la .. then aku plan nk jual kain semyang tu kt memember. eheheh aku pun nk kena update blik aku nyer kedai maya.

Kalau ditgk sepjg tahun 2008 ni byk yng aku kena improvekan utk 2009. MOga tahun hijrah 1430 or tahun masehi 2009 ni membwa sinar baru yang lebih cerah utk aku.. Moga aku lebih bersyukur dgn nikmat yg aku dpt serta lebih matang dan tenang dlm menghadapi hidup ni.

Dilindungi: Post Engagement

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Check Kesihatan

Tadi ada buat test kesihatan..  so ni resultnya

Tekanan Darah : 110/70

RBS: 6.0

Berat Badan 60 Kg

Tinggi 153 CM

BMI: 25.5

Huargh .. aku dah overweight.. kena struggle utk turun kan berat badn supaya lebih sihat..  Insyaallah aku akn usaha dgn lebih gigih lg utk turun kan berat badan.

alhamdullillah tekanan darah aku ok. n kandungan gula dalam darah pun ok..

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

:)

Suratan atau Kebetulan
www.iLuvislam.com
oleh: sweetjannah11


Suratan atau kebetulan
aku di persimpangan
antara kiri dan kanan
antara kasih dan sayang

aku harus memilih
kerna kakiku ini perlu melangkah
meski sesekali sumbang jua langkahku
meski suatu ketika aku kan terjatuh
menahan kesakitan yang mengundang airmata

namun aku pasrah…
lebih rela merasa pedihnya terjatuh
dari aku terus bingung dipersimpangan
dari aku terus termangu tanpa jawapan

sabarlah duhai hati
bangkitlah wahai diri
suratan atau kebetulan??
pilihan tetap di genggaman

p/s: suka puisi ini.. ringkas dan padat.

kerja…

kerja makin byk.. tp aku cam kura-kura nak siapkan kerja.. mana nak carik balik energy ni..

Relationship

Erm.. Dalam perhubungan pasti ada naik n turunnya. aku selalu comes accross penilaian yang kata aku sentiasa mengharapkan perhubungan cam lam fairy tales..

Aku sebenarnya tidak setuju sgt dgn judgement tu.. Aku cuma harapkan perhubungan yang mampu memberi aku ketenangan dan aku menjadi diri aku sendiri. Aku mengharapkan cinta yang mendekatkan aku dgn Pencipta.

Dan bila aku tidak temui apa yang aku cari.. perlukah aku undur kebelakang atau berusaha mencipta bahagia….

Berbaur

Skrang aku bukan dalam mood yang stabil..

Aku sepatutnya gembira.. tp dlm hati aku terselit rasa kecil hati, terpinggir dan sedih.

Aku sepatutnya rasa kecil hati.. tp ada suara dalam diri aku kata aku perlu lebih rasional, reda dan tabah.

Aku sepatutnya menangis.. tp aku pura-pura tersenyum dan ketawa.

Aku sepatutnya merajuk .. tp aku pura-pura memahami..

Kesimpulannya ..aku letih dah utk bertenang.. Tp tenanglah wahai hati…